ADALAH TERBAIK..DARI SINI!!

Isnin, 31 Januari 2011

cuti-cuti kelantan!!!

collek buoh!!!!
sedap gila la.. mkn...
pada cuti-cuti raya cina ni aku dengan kawan..pergi shopping kat pengkalan kubur..
tiba-tiba terjumpa makanan buanh ni..


pakcik tu sedang potong buah-buahan...tak sabarnya.. hihihi


best gila makan  buah ni dengan air nyor (air kelapa)


kena dengan pencicah dia ni.. best gila..jempt makan ya..huhu
kalau ko org pergi sana..jgan lupa merasainya!!!

Ahad, 30 Januari 2011

Makan-makan di KeLAntan..!!!

lokcing...huhu..makanaku masa kcil2 dulu.





Masa  sekolah dulu ada je pejual...makanan ini...
msti ramai la yang beli masa time balik sekolah...
hari aku pergi ke Pengkala Kubur Dengn Kawan KAmpgku..ter nampk ini..
apa lg...
terus pergi kat pakcik Yang Jual


pakcik yang asyik membakar lokcing..


antaran stock jualan....


satu pernatian dan kesabaran akhirnya ...hasilnya terselah..huhuhu..
jom mkn2...bestnya...


best gila la mamat ni mkn..aku kat dpn pun bt tak tahu..kena dgn air kelapa(air nyor)



Jumaat, 7 Januari 2011

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda

 : ¿Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.
-Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.¿

-Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,¿Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.¿

-Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala¿ul A¿laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

-Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :¿Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.¿

-Sila sebarkan Hadis ini kepada semua ¿¿.kerana

- Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda:
¿Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.¿

Rabu, 5 Januari 2011

betul ke..ni!! daftr je..ni kwan saya bg!!

PayBox

dinner di mc'd!!!!

yummie....yummie...mlm ni makan mcD prosperity...
mlm yg ku nntikan "i'm loving it"...sdppppp...tu....


 jauh perjalann ku smp ke ampang...
dikala hujan yg turun perut berbunyi menyanyi....
di temani malam yg suram...muzik balada ....
jiwan la plk aku mlm..xrock la..huhhhu


byk gila aku makan..sampai teman sblh pun jeling...
mane xnyer aku bedal die punyer skl...hahahaha...



tp...aku ttp bersyukur dgn rzki allah hari ni..alhamdulillah...amin..



Ahad, 2 Januari 2011

Wanita Tulang Rusuk Lelaki!!!!!


WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan WANITA untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya.

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.
Pada suatu hari pada akhir selepas satu pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak cintakan saya lagi!!!”. LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak “Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!”. Tiba-tiba WANITA terdiam dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan linangan air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. “Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negara tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia minum kopi dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat dimana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik… kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan
kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telefon saya kan? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal…”

Seminggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dipatahkan kerana kebodohannya.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat. Oleh itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati.
Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kita ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai. Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima ??

Cintailah dia sematangnya kamu...
Ucapkan hanya yang terindah untuknya...
Sekali hatinya terluka, selamanya kamu merana...